// Gadis Semasa ♥



Le Gadis


Hello people,

I'm Norfazira binti Abu Bakar. 17 years old. SPM candidate 2014. 1 January. THANKS FOR VISITED MY BLOG GUYS. I'm appreciate it much :))



Le Chatbox



Le Credits


skins by : Simple
editor Gadis Semasa : Fahmi Nordin

Till The End :)
Saturday 7 June 2014 | 0 comments

Saya sayang awak. Awak pun sayang saya. Kite dah lame kenal. First saya jumpa awak, hati saya dah boleh tahu yang awaklah cinta hati saya. Awak pun rasa apa yang saya rasa. Hubungan kita sangat bahagia. Segala keperitan kita lalui dengan tabah. Tapi pertemuan awak dengan dia membuatkan segalanya berubah. Cara awak layan saya pun dah lain. Awak macam dah tak pedulikan saya. Semua masalah awak, awak dah tak kongsi dengan saya. Sampai satu hari tu, saya call awak. Awak cakap awak sibuk. Awak taknak diganggu. Saya okay. Saya tak ganggu awak. Maybe awak terlalu sibuk time tu. Saya cuba bersendirian. Saya pergi ke taman. Saya habiskan masa saya fikirkan hubungan kita kat taman tu. Saya try text awak, tapi awak tak reply. Saya call awak lagi, awak off handphone. Okay la awak.. Saya faham. Mungkin awak sibuk lagi. Dan pada satu malam, awak call saya, tapi phone saya off. Bila saya call awak balik, awak marah-marah saya. Awak cakap saya tak nak jawab call awak. Awak salah! Phone saya off sebab bateri phone saya habis. Kenapa awak tak pernah faham saya? Kenapa awak? L

Sejak malam tu, awak langsung tak contact saya. Siang malam saya tunggu awak. Saya rindu awak! Rindu awak sangat L Saya pasrah awak.. Saya buat keputusan untuk pindah ke luar negara. Dalam fikiran saya cuma fikir yang awak mungkin dah lupakan saya. Mungkin lebih baik kalau saya undur diri. Saya tak perlu tunggu awak lagi. Awak mungkin dah bahagia dengan dia. Saya hanyalah bayangan hitam awak. Di sana, saya bertemu dengan serang lelaki yang juga mempunyai cerita yang sama dengan saya. Lelaki tu juga digantung tidak bertali oleh girlfriend nya dlu. Awak.. Lelaki tu banyak persamaan dengan awak. Cara dia layan saya, macam cara awak layan saya dulu. Dia banyak mengingatkan saya pada awak. Tapi awak, life saya happy sangat dengan dia. Dia banyak pulihkan luka-luka saya sebelum ni sebab awak. Hari demi hari, saya semakin sayang dia. Saya dah lupa kat awak.  Saya bahagia dengan dia. Sangatlah bahagia. Pada suatu hari, dia melamar saya dan saya pun terima lamaran dia, sebab saya tahu dia lah lelaki yang terbaik untuk saya. Dan tiba-tiba satu hari tu, awak contact saya. Awak cakap awak rindu saya. Apa semua nie awak? Kenapa awak datang waktu saya tengah bahagia? L

Saya fikir awak dah lupakan saya. Kenapa awak kembali? L Awak.. Tolonglah jangan ganggu saya lagi. Saya dah bahagia tanpa awak, even saya tak boleh tipu diri saya yang saya masih sayangkan awak. Awak cakap awak nak jumpa saya untuk kali terakhir sebelum awak pergi. Awak nak pergi mana? L Saya bergegas pulang untuk bertemu awak. Tapi saya pulang bersama dia, kekasih baru saya. Apabila saya pulang, saya terus pergi berjumpa awak. Saya lihat wajah awak lesu dan pucat sangat. Dan time tu, awak cerita semua yang jadi pada awak. Perempuan yang telah memusnahkan  hubungan kita dulu telah pergi tinggalkan awak setelah dia tahu awak sekarang tengah menderita kanser hati. Dia tahu yang awak tak akan hidup lama lagi. Sebab itulah dia pergi tinggalkan awak. Menitis air mata saya mendengar semua penjelasan awak. Sedih sangat awak L Saya bingung awak.. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat untuk awak kembali sembuh seperti dulu. Awak memerlukan seorang penderma hati. Adakah saya penderma tu? Tapi macam mane pulak dengan kekasih saya? Saya tak nak buat dia sedih L

Tak tidur saya memikirkan awak, memikirkan kekasih saya. Dan pada suatu hari, saya contact kekasih saya, tapi takde respon! Saya gelisah. Saya tak tahu apa yang perlu saya buat. Saya risau sangat dia pergi tingalkan saya untuk awak L Hari demi hari berlalu, saya masih belum tahu di mana dia pergi, sampailah saya mendapat satu surat dari dia. Dalam surat itu tertulis yang dia dah dermakan hatinya pada awak. Dia buat semua tu sebab dia juga tengah menderita penyakit leukimia. Hidup dia dah tak lama lagi.. Berguguran mutiara dari mata saya time tu. Dia nak tengok saya kembali bahagia seperti dulu. Awak! Kenapa dia pergi saat saya sayangkan dia? L Saya tak nak kehilangan dia L Selepas hari tu, saya pergi berjumpa awak. Time tu awak masih lagi kat hospital. Awak baru lepas buat pembedahan hati awak tu. Hati dia yang dulu telah menjadi milik awak sekarang. Dan dia? Dia sekarang tengah bahagia di sisi-Nya. Dia korbankan semuanya demi kebahagiaan kita awak. Dan sekarang kita hidup bahagia. Kita mulakan hidup baru dengan bahagia sekali. Awak dah kembalikan senyuman awak pada saya dan senyuman saya pada awak. Kita dah berjanji akan sehidup semati. 

Saya sayang awak. Saya cinta awak. Mungkin perkenalan saya dengan dia dahulu ialah satu HIKMAH. Hikmah yang telah menyatukan kita kembali bersama. Dia ialah tali yang mengikat kita untuk kembali bersatu. Saya bersyukur dapat bertemu dia. Saya tak sangka semua ni akan terjadi. Awak.. Terima kasih sebab tinggalkan saya sebelum ni. Pemergian awak dulu buat saya berjumpa dengan  seorang lelaki yang telah bahagiakan kita sekarang ni. Jika saya tak bertemu dengan dia dulu, mungkin saya masih berseorangan sekarang. Saya harap, dia bahagia di sana melihat kita bahagia di sini. Dalam diri awak, ada hati dia. Walaupun dia dah takde, tapi hati dia selalu bersama saya, iaitu di dalam hidup awak. Saya sayang awak J


p/s: Ingatlah, jodoh itu tak semestinya yang selalu bersama kita. Jika 
seseorang yang kita sayang telah pergi tinggalkan kita, dia akan kembali kalau memang dah ditetapkan dia ialah jodoh kita. Sejauh mana pun kita dengan dia, kita akan kembali bersama dengan dia. Mungkin bertahun-tahun terpisah, tapi kalau dah jodoh, dalam beberapa saat saja kita akan kembali bertemu, dan hidup bersama selamanya J

Older Post